RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 31 Januari 2017

Penajaan Konsortium Al Hamra tak terjejas - KAFA


ANNUAR (tengah) bersama pemain bola sepak Kelantan pada majlis Majlis Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra Dan Pelancaran Jersi TRW 2017 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) Kota Bharu, bulan lalu. - Foto fail NSTP/Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan penajaan Konsortium Al Hamra kepada pasukan Kelantan tidak terjejas selepas Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB), hari ini.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, pembabitan Annuar dengan penajaan The Red Warriors (TRW) juga tidak terjejas, malah Konsortium Al Hamra kekal sebagai badan yang bergabung dalam menguruskan dan mencari dana skuad Kelantan musim ini.

"Penajaan TRW juga tidak membabitkan sebarang syarikat yang berkaitan dengan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bermula tahun ini.

"KAFA juga tidak pernah menghadapi sebarang masalah berhubung penajaan membabitkan sebarang syarikat atau kolej pendidikan swasta terutama UniKL.

"Jadi, saya berharap berita ini (penggantungan tugas Annuar) tidak mengganggu fokus pemain yang kini dalam rangka persiapan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Kota Bharu, Sabtu ini," katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail menggesa penyokong TRW supaya terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Annuar yang juga Penasihat KAFA bagi membantu membangunkan bola sepak negeri ini.

Terdahulu, Ahli Majlis MARA yang mengadakan mesyuarat tergempar pagi tadi memutuskan menggantung tugas Annuar sebagai Pengerusi MARA dan PMB berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkan perkara itu, Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata keputusan berkenaan diambil bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman dikendalikan agensi berkenaan berhubung salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan dengan Annuar.

Sumber : BERITA HARIAN