RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 31 Januari 2017

Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi MARA serta merta


AHLI Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob ketika sidang media berhubung pengantunggan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) di Pejabat MARA Jalan Raja Laut. - Foto Yazit Razali 

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta merta. 

Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa tarikh sama. Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi itu akan dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob. 

TAN Sri Annuar. - Foto Yazit Razali Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi di tingkat 26, ibu pejabat MARA, di sini yang dipengerusikan Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin. 

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Dr Yusof berkata, Tan Sri Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.


SUMBER : BERITA HARIAN