RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 31 Januari 2017

Penyokong desak KAFA hadkan beli 4 tiket seorang

Beberapa kelab penyokong TRW mendesak persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat pembaharuan segera mengenai kaedah penjualan tiket musim ini bagi mengelakkan ulat tiket mengambil kesempatan atas kelemahan penjualan tiket seperti musim lalu sekali gus membuatkan penyokong berputih mata Antara pembaharuan yang perlu dilaksanakan KAFA adalah seorang penyokong perlu dihadkan empat tiket sahaja, Selain meletakkan pihak berkuasa di kaunter jualan tiket untuk memantau penjualan tiket. KAFA juga perlu melantik badan bebas bagi melakukan pemantauan di sekitar Stadium Sultan Muhammad IV tiga jam sebelum perlawanan bagi mengesan kegiatan ulat tiket. Presiden Kelab Penyokong TRW Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain berkata, berdasarkan pemerhatiannya, ramai penyokong mengadu gagal mendapatkan tiket selepas dibolot ulat tiket, musim lalu. Katanya, senario itu biasa berlaku apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi seperti pertemuan dengan JDT, Kedah, Selangor, Perak, Pahang dan FELDA. "Pada hari itu, ulat tiket akan dijual sekeping tiket terbuka dengan harga sekali ganda daripada harga asalnya manakala astaka pula, dua kali ganda. "Keadaan itu akan membuatkan penyokong putus angin untuk ke stadium menyebabkan mereka memilih untuk menonton LIVE di rumah sahaja" katanya Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi, harga tiket astaka dan terbuka kekal seperti musim lalu iaitu RM46 untuk astaka dan terbuka RM16.