RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 31 Januari 2017

3 Formula jika mahu mengalahkan JDT


Kota Bharu: Tiga formula, bermain dalam satu pasukan, bekerjasama dan inginkan kemenangan menjadi tonik utama yang perlu dipraktikkan pemain Kelantan jika mahu mengalahkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini.
Pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin berpendapat, tiga formula itu penting kerana bukan mudah untuk menjinakkan pasukan bergelar Harimau Selatan itu sekalipun di gelanggang sendiri.
Pada pemerhatiannya menerusi dua perlawanan Johor DT sebelum ini, kelemahan skuad bimbingan Benjamin Mora sukar dikesan kerana mereka dilihat gemar mengaspirasikan tiga formula itu dalam pasukan mereka.
Pemain berusia 36 tahun itu berkata, kemenangan ke atas PKNS FC minggu lalu harus dijadikan pembakar semangat untuk berdepan Johor DT selain jangan merendah diri serta mudah mengikut rentak lawan.
“Peluang Kelantan untuk memenangi perlawanan itu tetap ada kerana kelebihan bermain di gelanggang sendiri serta di depan penyokong The Red Warriors (TRW).
“Pertemuan berprofil tinggi itu antara perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai serta satu ujian bagi menentukan Kelantan berada di tahap mana.
“Jika kami bermain baik serta patuh arahan ketua jurulatih (Zahasmi Ismail), insya-Allah Kelantan mampu menjinakkan Johor DT walaupun kami sebagai satu pasukan serba kekurangan berbanding mereka,” katanya selepas penyampaian sumbangan kasut bola kepadanya oleh Pengarah Urusan Glow Glowing Beauty Skin, Datuk Mohd Rowi Dollah di sini kelmarin.
Kelantan kini menghuni tangga keenam Liga Super dengan mengumpul tiga mata menerusi satu perlawanan manakala Johor DT di tangga kedua (empat mata) selepas dua perlawanan.

SUMBER : METRO