RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Januari 2017

Piala Liga: Liverpool bukan tandingan Southampton


PEMAIN Southampton, Nathan Redmond meraikan jaringannya pada perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Liverpool di Stadium St Mary, Southampton, awal pagi tadi. - Foto AP 

LONDON: Jaringan tunggal Nathan Redmond membolehkan Southampton meraih kemenangan 1-0 ke atas Liverpool dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga di St Mary's, awal pagi tadi. 

Redmond berjaya melakukan penyudah berkenaan selepas menerima hantaran dari Jay Rodriguez bagi menewaskan penjaga gol Liverpool, Loris Karius pada minit ke-20. 

The Saints bagaimanapun mungkin berdepan saingan sengit apabila mereka berkunjung ke Anfield untuk aksi separuh akhir kedua dalam tempoh dua minggu lagi. 

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Manchester United menewaskan Hull City 2-0 di Old Trafford, kelmarin. - AFP

SUMBER : BERITA HARIAN