RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Januari 2017

FAM jawab isu hutang RM2 juta esok(Khamis) - Hamidin


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menjawab dakwaan Tan Sri Annuar Musa mengenai badan induk itu masih berhutang RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) esok.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan membuat satu kenyataan rasmi bagi menjawab kenyataan Annuar yang juga bekas Presiden KAFA itu.

"Mengenai (tuntutan Annuar) itu, saya akan buat satu kenyataan rasmi esok. Biarlah kita menikmati kejayaan Faiz dulu hari ini," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Annuar mendakwa FAM masih berhutang kira-kira RM2 juta dengan KAFA yang merangkumi hadiah kemenangan tempat keempat Liga Super, hak penyiaran dan geran tahunan.

Annuar berkata demikian selepas aksi persahabatan pra musim skuad Kelantan menentang MIFA FC di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Isnin lalu.

Katanya, sekiranya jumlah itu dapat dilangsaikan FAM, gaji pemain serta pegawai mampu dilunaskan sebelum sepak mula Liga Malaysia yang bakal bermula pada 20 Januari ini.