RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Januari 2017

INDAH PILIH BOLA SEPAK


Melihat paras rupa dan perwatakan beliau, pasti ramai yang tidak menyangka Indah atau nama sebenar Nur Syahindah binti Mohamad Kamal merupakan pemain bola sepak pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dalam saingan Liga Bolasepak Rakyat Wanita.
Gadis Taurus berusia 20 tahun kelahiran Kota Bharu yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tech Mara dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan ini menganggap bukan satu kesalahan bagi seseorang wanita untuk bermain bola sepak cuma ianya merupakan sesuatu yang baru di negara ini dan perlu mengikut batas-batas budaya kita.
“Saya suka mencuba sesuatu yang baru dan lasak jadi saya memilih sukan bola sepak. Saya mula berjinak dengan futsal selepas tamat SPM dan dari situ minat saya terhadap sukan ini semakin mendalam dan kini saya mencuba nasib dengan pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dan alhamdulillah saya berjaya”, jelas Indah.
Bertitik tolak dari meminati Barcalona, beliau kemudian mula mendalami dunia  bola sepak dengan berjinak-jinak dengan futsal pada awalnya namun kini terlibat secara serius dengan bola sepak.
Indah yang sangat meminati Ivan Rakitic, Lionel Messi, Neymar dan Christiano Ronaldo juga berharap beliau dapat pergi ke peringkat lebih tinggi jika diberikan peluang sekaligus menambah pengalaman.
Anak bongsu daripada empat beradik ini yang lebih selesa bermain di posisi pertahanan kiri berpendapat tekanan ketika bermain bola sepak lebih kurang jika dibandingkan dengan futsal. Ia mungkin disebabkan saiz padang dan tempo permainan yang berbeza.

Selain futsal dan bolasepak, gadis yang minat menyanyi dan menanam cita-cita sebagai ahli perniagaan ini juga aktif dalam sukan bola jaring, bola baling dan bola tampar.
Beliau amat berharap penglibatan wanita dalam sukan ini akan dapat pergi lebih jauh dan mampu mengharumkan nama negara pada suatu hari nanti.
“Ianya bukan sesuatu yang mudah malah merupakan sesuatu yang istimewa apabila seseorang wanita mampu bermain bolasepak.

"Walaupun bola sepak lebih sinonim sebagai sukan lelaki tapi tidak mustahil dengan keazaman, semangat dan disiplin yang tinggi kaum hawa boleh pergi lebih jauh dalam sukan ini.

"Platform seperti LBR ini adalah sebagai langkah permulaan yang baik bagi mencungkil bakat di peringkat akar umbi bagi merealisasikan hasrat itu. “, tambah beliau lagi.

SUMBER : DUNIA WARRIORS