RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 13 Januari 2017

Perlawanan Pra Musim Terakhir menentang PDRM petang ini

Image result for kelantan vs pdrm





Kelantan FA bakal bertemu PDRM aksi perlawanan Pra Musim buat kali terakhir sebagai persediaan menghadapi perlawanan pertama Liga Super 2017 menentang Melaka United. 

Secara keseluruhan aksi Pra Musim Kelantan mencipta 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah.

Pada aksi Pra Musim perlawanan pertama Kelantan terikat 0-0 dengan pasukan Liga Perdana, Terengganu. 

Kemudian pada perlawanan kedua, Kelantan mencipta kemenangan menentang pasukan Gua Musang pasukan dari Liga Bola Sepak Rakyat. 

Akhirnya, Kelantan FA diaibkan dengan pasukan juara liga FAM, MISC-MIFA FC dengan keputusan 0-2. Tetapi, Jurulatih Kelantan tetap positif kerana barisan Kelantan baru mendapat bayangan sebelum membentuk kesebelahan utama yang paling kuat sebelum bertemu Melaka United Saingan Liga Super 2017 di stadium Kota Bharu. 

Pada Perlawanan keempat, Kelantan bangkit mencipta kemenangan menumpaskan pasukan Liga Perdana, UITM FC dengan keputusan 2-0. Jaringan tersebut disumbangkan Danial Ashraf dan pemain trial kacukan siam dari kedah mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol kedua hasil melalui sepakan volley kencang sekaligus gol pertama beliau untuk pasukan Kelantan.

Perlawanan kelima dan terakhir iaitu Kelantan bakal menentang PDRM pada pukul 4.45 petang di Stadium Pulapol, Kuala Lumpur sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi Melaka. Dijangka, Pemain Import baru sampai pada hari ini tetapi mungkin tidak diturunkan kerana kepenatan dari perjalanan jauh.


- Kelantan F.A. Football Team.