RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 15 Januari 2017

Mohammed Ghaddar teruja sarung jersi TRW


KUALA LUMPUR: Penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar, nyata teruja apabila kembali untuk menyarung jersi Kelantan pada musim ini dan berhasrat untuk menggegar arena bola sepak tempatan sama seperti yang dilakukan olehnya pada 2012. 

Penyerang berusia 33 tahun itu mengakui tidak perlu berfikir panjang apabila mendapat panggilan daripada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang mahukan dia kembali untuk membantu skuad The Red Warriors (TRW) menghadapi saingan musim ini. 

"Saya sangat gembira apabila diberi peluang untuk kembali ke pasukan ini dan saya terus katakan 'ya' apabila Annuar menghubungi saya dan bertanyakan sama ada saya mahu kembali bersama Kelantan ataupun tidak. 

"Saya meminta kebenaran Al-Faisaly untuk meninggalkan pasukan itu dan semua urusan perpindahan sudah diselesaikan. Saya rindukan pasukan ini dan suasana di negeri ini serta sokongan padu daripada penyokong setia pasukan ini," katanya pada majlis pengenalan pemain import untuk pasukan Kelantan musim ini di sini, pagi tadi. 

Selain bekas penggempur Tripoli SC itu, Kelantan turut mendapatkan khidmat dua pemain daripada Afrika iaitu bekas pemain skuad Piala Dunia Cameroon, Cedric Djeugoue serta Okikiola Afolabi dari Nigeria. 

Ghaddar tidak asing lagi dalam kalangan penyokong Kelantan kerana pernah menyarung jersi pasukan itu sebanyak dua kali malah tampil selaku penjaring terbanyak dengan 21 gol daripada 32 penampilan, pada musim 2012. 

Dia juga menjadi antara pemain yang digemari oleh majoriti peminat TRW dan pernah mencipta sejarah bersama pasukan itu pada 2012 apabila menjulang tiga piala termasuk Piala Malaysia, FA dan Liga Super. 

Selepas menyertai pesaing Kelantan dalam Liga Super iaitu FELDA United pada 2013, dia kembali menyertai TRW pada 2014 namun digugurkan pada pertengahan musim akibat masalah disiplin.

Sumber : Berita Harian