RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 15 Januari 2017

Kelantan belum sedia harungi Liga M - Annuar


TAN Sri Annuar Musa bersama pemain import pasukan Kelantan Mohammed Ghaddar (kiri) di sidang media memperkenalkan permain import pasukan Kelantan di Eastin Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq 


KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengakui bimbang selepas melihat pasukan The Red Warriors (TRW) masih belum bersedia sepenuhnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Ketika ditemui pada majlis pengenalan pemain import Kelantan bagi musim ini, Annuar menyifatkan KAFA masih gagal untuk membentuk pasukan ke arah yang lebih baik dengan masalah itu boleh mengundang padah kepada pasukan terbabit pada musim ini. 

"Saya nampak persiapan pasukan masih belum kemas. Kalau tidak kena gayanya berkemungkinan besar Kelantan boleh tersingkir musim ini. Saya tidak doakan sebegitu tetapi itu boleh berlaku jika tidak persediaan tidak dilakukan dengan rapi. 

"Masa pramusim inilah pasukan perlu menjalankan latihan dengan intensif membabitkan tahap kecergasan, taktikal dan pada waktu inilah pembentukan pasukan harus dibuat dengan sesuai. 

"Pasukan juga sekurang-kurangnya perlu beraksi lapan perlawanan pramusim bertemu pelbagai jenis pasukan untuk membentuk keserasian dan menguji semua pemain yang terbaik namun semua itu tidak dapat dilaksanakan oleh KAFA. 

"Saya faham KAFA memiliki kapasiti dan keupayaan yang sederhana daripada segi infrastruktur dan sokongan daripada pihak berkuasa namun mereka perlu tahu untuk membaca situasi dan membuat perubahan yang diperlukan. 

"Dengan persiapan sebegini, saya khuatir masalah lebih besar akan melanda selepas liga bermula nanti," katanya ketika ditemui, pagi tadi. 

Terdahulu, jaguh Pantai Timur itu menandatangani penggempur Lubnan yang pernah beraksi bersama mereka sebelum ini iaitu Mohammed Ghaddar selain turut mendapatkan khidmat dua pemain daripada Afrika iaitu bekas pemain skuad Piala Dunia Cameroon, Cedric Djeugoue serta Okikiola Afolabi dari Nigeria.

SUMBER : BERITA HARIAN