KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah mendapat laporan terkini berhubung situasi banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Datuk Seri Najib Razak. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, pelbagai langkah sedang diambil oleh agensi kerajaan untuk membantu mangsa banjir, selain memastikan keselamatan mereka terpelihara.
"Saya mahu semua pihak memberi kerjasama kepada anggota keselamatan. Semoga Allah SWT permudahkan dan beri kekuatan untuk harungi musibah ini, Insya-Allah," katanya menerusi entri terbaru akaun Facebook rasminya, hari ini.
- BERITA HARIAN