Kota Bharu: Mangsa banjir yang ditempatkan di 67 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di Kelantan bertambah kepada 10,848 orang hingga jam 9 pagi ini berbanding 10,761 mangsa malam tadi.
Semua mangsa dari tujuh daerah itu membabitkan 3,068 keluarga.
Portal eBanjir Kelantan, Kota Bharu mencatat bilangan mangsa paling tinggi 4,927 orang daripada 1,334 keluarga yang ditempatkan di 26 PPS.
Ia diikuti Pasir Mas dengan 2,086 mangsa, Pasir Puteh (1,825 mangsa), Tumpat (1,238 mangsa), Bachok (522 mangsa), Machang (186 mangsa) dan Tanah Merah (64 mangsa).
Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya 10.14 meter (m) manakala tiga sungai yang melepasi paras amaran ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (15.81m), Sungai Lebir, Tualang (31.52m) dan Tangga Krai 22.64m.
Sumber : METRO