FRANCIS FORKEY DOE (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Selangor menewaskan Pulau Pinang 2-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam. – mingguan /GAIE UCHEL
PERAK 1 (Thiago Junio Aquino m68) PAHANG 1 (Ahmad Syamim Yahya m56)
FELDA United 1 (Norshahrul Idlan Talaha, m68) PKNS FC 0
SELANGOR 2 (Adam Nor Azlin, m34/ Forkey Doe, m44) PULAU PINANG 0
T-TEAM 1 (Mohd Nor Hakim, m49) SARAWAK 1 (Mateo Roskam, m80)
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Biarpun dibayangi kemelut dalaman sebelum musim baharu bermula, Selangor membuktikan ‘gangguan’ luar padang tidak menjejaskan fokus mereka apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang dalam perlawanan pembukaan Liga Super, hari ini.
PERAK 1 (Thiago Junio Aquino m68) PAHANG 1 (Ahmad Syamim Yahya m56)
FELDA United 1 (Norshahrul Idlan Talaha, m68) PKNS FC 0
SELANGOR 2 (Adam Nor Azlin, m34/ Forkey Doe, m44) PULAU PINANG 0
T-TEAM 1 (Mohd Nor Hakim, m49) SARAWAK 1 (Mateo Roskam, m80)
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Biarpun dibayangi kemelut dalaman sebelum musim baharu bermula, Selangor membuktikan ‘gangguan’ luar padang tidak menjejaskan fokus mereka apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang dalam perlawanan pembukaan Liga Super, hari ini.
Kehilangan ramai pemain bintang sebelum liga bermula tidak mengganggu perancangan jurulatih, P. Maniam, sebaliknya kepulangan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe membantu Red Giants mengutip tiga mata penuh di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Terdahulu, Selangor yang memulakan kempen tanpa persiapan terbaik, termasuk beraksi dengan memakai jersi lama membuka jaringan menerusi Adam Nor Azlin pada minit ke-35, sebelum Forkey Doe menambah gol kedua pada penghujung separuh masa pertama.
Naib juara Liga Super musim lalu, Felda United turut memulakan kempen dengan langkah kanan apabila jaringan tunggal penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-68 memadai untuk membantu The Fighters menumpaskan PKNS FC 1-0 di Stadium Tun Abdul Razak.
Sementara itu, aksi tumpuan di antara dua pasukan yang dianggap calon untuk merangkul kejuaraan liga musim ini iaitu Perak menentang Pahang berkesudahan seri 1-1.
Dalam perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu, Tok Gajah yang berwajah baharu terlebih dahulu mendahului menerusi bekas penyerang Selangor, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-57.
Namun, tuan rumah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Brazil, Thiago Junior Aquino, 12 minit kemudian.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team juga terpaksa akur menamatkan saingan dengan keputusan seri 1-1 menentang Sarawak, biarpun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Nor Hakim Hassan pada minit ke-50.
Jaringan lewat Mateo Hassan, lapan minit sebelum permainan ditamatkan memastikan Sarawak pulang bersama satu mata.
Sementara itu, musim baharu Liga Malaysia (Liga M) tidak bermula selancar yang diharapkan apabila tiga perlawanan pertama terpaksa ditunda akibat cuaca buruk, dan ketiga-tiganya melibatkan aksi di Pantai Timur.
Hari ini, pertemuan yang dinantikan oleh ribuan penyokong Kelantan dan pendatang baharu Liga Super, Melaka United terpaksa ditunda gara-gara permukaan padang Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ditakungi air akibat hujan lebat pada sebelah siang.
Masalah hujan lebat dan padang becak sebelum ini turut menyaksikan dua perlawanan Liga Perdana terpaksa ditunda semalam iaitu pertemuan Terengganu menentang PKNP di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kuantan FA bertemu UiTM FC di Stadium Darul Makmur.
Perkembangan tersebut mendorong penganjur, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mempertimbangkan untuk mengadakan beberapa perlawanan awal liga di luar negeri Pantai Timur pada musim 2018.
“Selepas melihat keadaan yang berlaku sekarang, saya tidak menolak kemungkinan pada awal musim depan dua perlawanan pertama melibatkan pasukan dari Pantai Timur akan diadakan di tempat lawan terlebih dahulu.
“Namun sebelum sebarang keputusan diambil, ada beberapa perkara perlu diteliti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam kepada Mingguan Malaysia.
SUMBER : UTUSAN