RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 30 Januari 2017

KELANTAN TEKAD MEMBUAT KEJUTAN BERDEPAN JDT

TRW tekad untuk mencari kemenangan kedua apabila berdepan JDT, Sabtu depan selepas berjaya menewaskan PKNS Keyakinan itu memuncak berikutan prestasi dan persembahan memuaskan anak-anak didik Zahasmi Ismail selain ketajaman bahagian depan diterajui Mohammad Ghaddar. Malah kata, Zahasmi moral pemainnya juga berada dalam tahap terbaik untuk mengejutkan JDT. "Memang dari segi moral agak tinggi selain prestasi cemerlang semua pemain di atas padang. "Apa yang saya harapkan adalah fokus dapat dikekalkan untuk cuba menewaskan JDT pula" katanya. Bagaimanapun, Zahasmi mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki pasukannya dari segi sentuhan penyudah dan keserasian antara pasukan. "Dalam perlawanan menentang PKNS, kita mempunya banyak peluang terhidang namun gagal menyudahkan dengan baik. "Selain itu, keserasian juga menjadi agenda saya untuk diperbaiki. Tetapi keserasian ini bukan mudah untuk dibentuk dan memakan masa yang lama. Tetapi, saya puji pemain yang cepat menyesuaikan diri dalam pasukan biarpun baru sebulan pasukan dibentuk semula" katanya