RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 12 Januari 2017

"IKAN YANG BANYAK BUKA MULUT BIASANYA MUDAH TERKENA PANCING"


Bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan penyaluran wang tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada The Red Warriors (TRW) pada musim lalu.

Annuar, yang juga Pengerusi MARA, berkata MARA tidak pernah menaja TRW, sebaliknya diberikan penghormatan daripada TRW.

"Aduhai, kenapa la ada lagi yang tak puas hati dengan TRW. Macam-macam komen dari pelbagai sumber, termasuk sumber yang emo dan sentiasa tersasar daripada fakta. Lucu sangat sangat. Jawab salah, tak jawab salah.

"Ada pula yang kata saya pakai duit MARA, duit biasisawa MARA dan lain-lain untuk taja TRW. Saya rasa tak rugi kalau kita belajar menyelidik sikit supaya kita kelihatan ada daya intelektual dan ada substance (isi) daripada kita pungut je semua hearsay (cakap-cakap orang).

"Untuk makluman semua, MARA tidak pernah menaja TRW walau satu sen. Logo sempena 50 tahun MARA dipamer di lengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat sendirian berhad lain. Ia satu penghormatan kepada MARA daripada TRW," kata Annuar dalam laman Facebooknya hari ini.

Mengenai UniKL pula, Annuar berkata ia adalah sebuah syarikat swasta yang tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi, tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa atau tajaan. 

"Sebagai syarikat swasta, ia mempunyai polisi sendiri, terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan lain-lain. Mereka mempunyai bajet khusus untuk itu.

"UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan, khususnya hoki dan bola sepak. Ini kerana sasaran mereka adalah menarik perhatian anak muda. Begitu juga syarikat sendirian berhad MARA yang lain. Mereka mempunyai bajet, dasar dan prosedur tersendiri. Semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya.

"Begitu juga dana biasiswa MARA kononnya dikurangkan. Tidak benar dan jauh sama sekali dikurangkan kerana menaja bola," katanya.

Annuar berkata bahawa dia menulis catatan Facebook berkenaan di Tasik Kenyir bersama pelajar sambil mengingatkan masyarakat agar membuat semakan terlebih dahulu.

"Jadi, sahabat Facebookku sekalian. Saya berikan fakta ini untuk anda semua, termasuk rakan media saya. Saya beri fakta ini untuk anda supaya anda boleh menyemak sumber dan petikan anda. 

"Saya tidak berminat untuk melibatkan diri atau terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu secara langsung atau tit for tat (buat baik dibalas baik) kerana biasanya mereka mereka itu kawan-kawan belaka. Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita. Kalau kawan silap, kita tak usah panjang panjang. Kita maafkan je lah.

"Cuma untuk anda semua, saya beri fakta ini sambil saya memancing di Tasik Kenyir dalam bercuti bersama siswazah yang ingin memulakan perniagaan. Salah seorang daripada mereka berkata kepada saya: 'Pesan pada ikan, jangan banyak membuka mulut, kerana ikan yang membuka mulutlah biasanya mudah terkena pancing'.

"Jadi, kawan-kawan media, teruskan membuat catatan dan awas, jangan tersalah pendrive anda. Tolong pastikan fakta anda betul," tambahnya.