RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 13 Januari 2017

Hari Jumaat pemain import sampai - Marcelo Houseman




Dikhabarkan dua pemain dari benua Afrika akan dibawa ke Malaysia untuk menyertai sebuah pasukan di Liga Super Malaysia.
Pemain pertama, Cédric Djeugoue dari Cameroon adalah barisan pemain pasukan Piala Dunia Cameroon di Brazil 2014. Djeugoue yang bermain di posisi pertahanan, kini bersama pasukan Coton Sport di Liga Cameroon.
Pemain kedua, Okiki Afolabi dari Nigeria yang bermain di Liga Argentina bersama pasukan Talleres de Córdoba.
Kedua-dua pemain ini dijangka tiba di Malaysia bersama agennya, Marcelo Houseman hari jumaat ini.