RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 3 Januari 2017

28 sekolah di Kelantan ditutup hari ini


PEMANDANGAN di Jambatan Sultan Ismail Petra yang menunjukkan air Sungai Kelantan meningkat ke paras berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu. - Foto Zaman Huri Isa 


KOTA BHARU: Hujan lebat dan beberapa paras air sungai melepasi paras bahaya hari ini, menyebabkan mangsa banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan ketara kepada 3, 451 mangsa.

Sebanyak 28 sekolah di negeri ini masih ditutup hari ini berikutan bencana banjir yang melanda Kelantan sejak Sabtu lalu. Sekolah berkenaan membabitkan empat daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah dan Tumpat. 

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dalam satu kenyataan, menyatakan penutupan itu menjejaskan 6,177 murid dan pelajar yang tidak dapat meneruskan pembelajaran pada hari ketiga sesi persekolahan 2017. 

Katanya, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat sekolah yang terbabit dengan banjir selain laluan ke sekolah terputus hubungan dan boleh membahayakan murid serta guru. 

"Daripada jumlah berkenaan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas mencatatkan sekolah paling banyak yang terpaksa ditutup iaitu 16 sekolah berikutan paras Sungai Golok yang semakin meningkat. 

"Ia diikuti PPD Kuala Krai membabitkan enam sekolah, PPD Tanah Merah lima sekolah dan sebuah sekolah di Tumpat," katanya.

Berdasarkan portal e-Banjir sehingga jam 11 malam ini, Pasir Puteh turut dilanda banjir selepas satu pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang dibuka mulai petang tadi yang menempatkan 27 mangsa. 

Daripada jumlah mangsa banjir itu, Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 2,210 penduduk daripada 902 keluarga yang kini berada di 13 pusat pemindahan. 

Manakala, Tanah Merah mencatatkan 502 mangsa diikuti Kuala Krai 296 mangsa, Machang (216 mangsa) dan Jeli 208 mangsa.

- Berita Harian