RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 24 November 2016

Wanita sakit mental Kurung 14 Ekor Kucing Dalam Rumah Sehingga Lapar & Terpaksa Makan Sesama Sendiri, Hanya Seekor Yang Hidup



Seorang wanita bertindak mengunci 14 ekor kucing dalam rumahnya terlalu lama sehinggakan kucing-kucing itu terlalu lapar menyebabkan mereka makan sesama sendiri.

Rakaman video memaparkan bagaimana keadaan rumah terbabit selepas penyelamat haiwan pergi ke rumah itu dan menemui bangkai-bangkai dan tulang haiwan peliharaan tersebut di Adelaide, Australia.

Bagaimanapun, seekor dari kucing itu ditemui masih selamat dan dalam keadaan kelaparan dan keletihan.

Setelah pintu dibuka, kucing yang diberi nama Tropper oleh pasukan penyelamat itu terus mengiau.

'Apabila penyelamat RSPCA tiba di rumah itu, kucing itu terus mengiau seolah-olah supaya kami cepat-cepat menyelamatkannya', kata ketua penyelamat, Andrea Lewis.

Tropper kemudian dipelihara oleh tuan baharu dan sejak itu sudah mulai pulih.


'Jika kamu tidak dapat menjaga haiwan peliharaan kamu, minta lah kawan-kawan, keluarga atau jiran ataupun bawa mereka ke pusat perlindungan haiwan", kata Lewis lagi.

Suspek , yang dikatakan mempunyai masalah mental mengaku bersalah atas kesalahan kekejaman terhadpa haiwan dan diharamkan untuk memelihara haiwan.

Keadaan dapur rumah terbabit.

Tropper, satu-satunya kucing yang hidup

Trooper sudah kembali sihat setelah diberikan kepada keluarga baharu

Keadaan pintu masuk rumah tersebut.