RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 14 Oktober 2016

Majlis Raja-Raja tiada hak nasihat Agong pecat PM


Image result for Majlis Raja-Raja

SHAH ALAM: Majlis Raja-raja (MRR) tidak boleh menasihati atau mendesak Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri kerana tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan yang menyatakan MRR berhak bertindak sedemikian. 

Pengamal undang-undang, Datuk Sallehudin Saidin, berkata terdapat prosedur jelas mengikut saluran perundangan dan sistem demokrasi termaktub dalam Perlembagaan jika mahu menyingkirkan Perdana Menteri, tetapi bukan menerusi kuasa Yang di-Pertuan Agong atau MRR. 

Katanya, MRR bertanggungjawab mengambil maklum isu, masalah atau kegusaran dihadapi rakyat dan membincangkannya dalam Mesyuarat MRR seperti dalam kes 1MDB sebelum ini tetapi majlis itu hanya berhak memberi nasihat kepada kerajaan, bukan mendesak supaya sesuatu tindakan diambil.

 "Ini kerana kuasa MRR terhad, apatah lagi dalam soal menasihat Yang di-Pertuan Agong agar mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri apatah lagi menyingkirkan Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat," katanya kepada media, hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MRR mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Mengulas tindakan Dr Mahathir dan pembangkang yang berterusan menjalankan gerakan menjatuhkan Najib termasuk menerusi Deklarasi Rakyat, Sallehudin berkata, Perdana Menteri hanya boleh disingkirkan daripada jawatannya jika sudah tidak mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat dan berlaku usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Katanya, selagi Perdana Menteri masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, bermakna rakyat perlu akur dan menghormati keputusan dibuat pengundi serta perlu menunggu hingga Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan untuk memilih kerajaan baharu atau menukar Perdana Menteri. 

"Segala tindakan dilakukan rakyat untuk mendesak Perdana Menteri disingkirkan daripada jawatannya seperti menerusi demonstrasi jalanan adalah tidak berasas atau sah kerana dari segi Perlembagaan, Perdana Menteri tetap mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat," katanya. Beliau berkata, kumpulan minoriti yang mahu Perdana Menteri dilucutkan jawatan harus mengakui hakikat itu dan pada masa sama menghormati suara majoriti kerana ia adalah sebahagian daripada sistem demokrasi diamalkan di negara ini. 

"Tindakan merampas kuasa atau kudeta kerajaan yang sah dipilih rakyat menerusi pilihan raya hanya akan memudaratkan negara dan menggugat kesejahteraan rakyat kerana negara berdepan risiko menghadapi tekanan antarabangsa seperti sekatan ekonomi. Ini yang harus diketahui rakyat," katanya.