RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 13 Mei 2016

"Saya Bukannya Pengganas" Reaksi TMJ Selepas Dakwa Talian Telefonnya Dicuri Dengar SB


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung dakwaan telefon bimbit baginda dicuri dengar oleh Cawangan Khas (SB), lapor Berita Harian.

Menurut Khalid, beliau telah bertemu dengan TMJ selama sejam untuk memperbetulkan keadaan berhubung isu berkenaan.

"Semuanya adalah salah faham dan saya sudah memperbetulkannya dalam pertemuan dengan TMJ, pagi tadi. 

"Saya sudah jelaskan semuanya kepada Tunku Mahkota dan tiada apa masalah yang timbul dan beliau menerima penjelasan berkenaan," katanya


Tengku Mahkota Johor (TMJ) unku Ismail Sultan Ibrahim hari ini melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers di mana dalam temubual baginda telah mendakwa beliau kini dipantau anggota polis cawangan khas (SB).

Menurut Baginda, beliau sendiri tidak faham mengapa polis perlu talian telefonnya dicuri dengar dan mempersoalkan kepada pergerakannya kini dipantau oleh 'Special Branch'.

Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman."

"Saya hanyalah seorang yang prihatin terhadap rakyat saya. Saya bukannya pengganas. Saya tidak merbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia," kata Tunku Ismail dalam temubual tersebut.

Tunku Ismail sebelum adalah antara beberapa individu yang lantang menyatakan pandangan terhadap beberapa isu negara, termasuk sukan dan politik.