RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 15 Mei 2016

Norfarhan nafi tinggalkan skuad Kelantan


MOHD Norfarhan Muhammad. 


KOTA BHARU: Pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Mohd Norfarhan Muhammad menafikan khabar angin berhubung perpindahan beliau ke pasukan liga Super lain, Jun nanti.

 Mohd Norfarhan yang digelar Ben 10 sebaliknya berkata, sejak tahun lalu beliau terpaksa berehat panjang akibat kecederaan teruk di buku lali dan memerlukan rawatan pemulihan. "Saya akui ramai yang salah faham selepas saya menulis status di Instagram. 

Apa yang saya maksudkan menerusi status berkenaan sekadar semangat baharu untuk 2016, memandangkan stadium bertukar wajah, selain menyarung jersi baharu. 

"Malah, kontrak saya dengan PQPTRW berakhir pada Disember ini dan saya tidak akan sesekali melanggar syarat perjanjian yang ditandatangani itu. 

"Justeru, saya berharap peminat tidak membuat sebarang spekulasi mengatakan saya berpindah kepada pasukan lain," katanya ketika dihubungi. 

Mengulas lanjut, penyerang PQPTRW menjelaskan, beliau kini mahu fokus kepada perlawanan akan datang dan berusaha sebaik mungkin membantu rakan-rakan mendapatkan tiga mata penuh pada setiap perlawanan. 

"Saya juga sudah tidak sabar untuk beraksi bersama rakan sepasukan. Doktor mengesahkan kecederaan yang saya alami sudah sembuh 95 peratus dan bersedia diturunkan pada pusingan kedua liga bertemu pasukan Felda United nanti. 

"Sekarang saya menjalani latihan fizikal untuk meningkatkan kembali tahap kecergasan selepas berehat panjang," katanya. Sementara itu, Penasihat Kehormat KAFA, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengesahkan tiada pemain tempatan PQPTRW yang akan berpindah Jun nanti. 

"Kesemua pemain sudah selesa berada di Kelantan dan tiada sebab untuk mereka pindah ke pasukan lain. Pemain juga dibayar gaji dan bonus dengan baik dan tidak berlaku pembayaran tertunggak", katanya.