RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 14 April 2016

TMJ VS KHAIRY, FAM LARI DARI DEBAT

tmj-vs-khairy-fam-tarik-diri
Tindakan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar tiga pihak berdebat mengenai siapa perlu bertanggungjawab terhadap kemerosotan bola sepak Malaysia sesuatu yang sensasi.
Lebih menarik, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Satianathan menyahut cabaran.

Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee juga pasti berhajat selepas duduk semeja dengan TMJ, minggu lalu, namun terikat dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang hanya mahu mengadakan 'perbincangan serius secara tertutup'.

Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim pula dilihat berkongsi taraf sama dengan Satianathan.

Antara mereka yang setuju, pertembungan TMJ dan Khairy pasti mencuri tumpuan kerana mereka mempunyai visi hampir sama, kecewa dengan FAM dan kaya ilmu program pembangunan.

TMJ membina empayar JDT, Khairy mewujudkan PPBN.

TMJ beberapa kali mengkritik kepimpinan Khairy di Kementerian Belia dan Sukan namun menteri muda itu lebih banyak berdiam diri.

Itu akan menjadikan perdebatan mereka lebih menarik.

Jauh lebih menarik berbanding perebutan jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Februari lalu apabila calon bertanding menolak cadangan stesen televisyen Britain, BBC untuk berdebat 
secara terbuka.

Itu strategi pihak stesen televisyen untuk meraih rating, tetapi di Malaysia cadangan itu datang daripada pemimpin bola sepak.

Nampaknya, pemimpin sukan di Malaysia lebih berani seperti TMJ dan Khairy.

Soalnya mengapa FAM menolak, sedangkan mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap kemerosotan skuad kebangsaan hingga menghuni ranking ke-174 dunia.

Saya juga bangga apabila TMJ mencadangkan Astro sebagai gelanggang berdebat walaupun kami bukan stesen penyiar rasmi liga bola sepak tempatan.

Perdebatan yang menarik bukan? TMJ vs Khairy sambil FAM tarik diri...