RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 14 April 2016

KHAIRY SUDAH SETUJU, TMJ TIDAK SABAR BERDEBAT

khairy-sudah-setuju-tmj-tidak-sabar-berdebat
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melahirkan rasa tidak sabar selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menyuarakan persetujuan untuk berdebat secara terbuka mengenai bola sepak Malaysia bersamanya.
Memetik tulisan di laman Facebook, JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim berkata: " Saya tidak sabar menanti berlangsungnya perbincangan secara terbuka yang akan dilakukan di hadapan semua penyokong bola sepak Malaysia. Bola sepak adalah milik rakyat dan mereka mempunyai hak untuk mengambil tahu tentang situasi-situasi yang dihadapi sekarang ini. 
"Saya amat menghargai sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bolasepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan."

Pada 12 April lalu, Tunku Ismail menyarankan satu pertemuan dengan Khairy; wakil FAM; Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B. Sathianathan; jurulatih kebangssan, Datuk Ong Kim Swee dan Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim, untuk berbahas dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah, berikutan merudumnya ranking pasukan bola sepak kebangsaan ke tangga ke-174 dunia.
"Tidak perlu menuding jari lagi, saya mahu berbahas mengenai siapa yang bertanggungjawab bagi prestasi buruk pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia serta apa tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan," kata baginda.