RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 21 Mac 2016

MANCHESTER ADALAH MERAH



manchester-adalah-merah
Manchester United kembali menghidupkan peluang dalam pemburuan meraih tiket Liga Juara-Juara selepas menewaskan seteru setempat, Manchester City 1-0. 
Pemain berusia 18 tahun Marcus Rashford menjadi wira buat Red Devils dengan menyumbat masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-16.

The Citizen ibarat jatuh ditimpa tangga, apabila dua tonggak utama. Raheem Sterling dan Joe Hart terpaksa direhatkan selama empat minggu akibat kecederaan semasa perlawanan itu. 

Kemenangan itu meletakkan Manchester United menghuni tangga ke-6 BPL, berkongsi 50 mata dengan West Ham yang di tangga ke-5 dengan hanya satu mata dipisahkan dengan Manchester City.   

Tottenham Hotspur pula terus merapatkan jurang dengan pendahulu, Leicester City dengan lima mata apabila mudah menjinakkan AFC Bournemouth 3-0. 

Penyerang utama Spurs Harry Kane terus mempamerkan sentuhan berbisa dengan meledak dua gol dalam tempoh 15 minit awal permainan.

Penyerang England itu kini mendahului carta penjaring terbanyak dengan koleksi 21 gol.

Dalam aksi derby Tyne-Wear, pengurus Newcastle United, Rafael Benitez optimis dengan masa depan skuad itu untuk kekal dalam saingan BPL musim depan selepas menyaksikan kebangkitan anak buahnya pada separuh masa kedua untuk mengikat Sunderland 1-1. 

Begitupun keputusan itu tidak mengubah kedudukan kedua pasukan yang terus menghuni tangga tercorot BPL. 

Di Stadium St Mary's pula menyaksikan kebangkitan penuh dramatik Southampton untuk membenam Liverpool 3-2. 

Anak buah Jurgen Klopp menuju ke bilik persalinan selepas separuh masa pertama dengan keyakinan untuk menggenggam tiga mata penuh selepas mempamerkan corak permainan menarik dengan mendahului 2-0. 

Namun Southampton berjaya mengubah nasib mereka dengan memasukkan Sadio Mane dan Victor Wanyama sebaik permainan bersambung. 

Mane walaupun sepakan penaltinya ditepis Simon Mignolet, namun dia tetap berjaya merobek gawang The Reds selepas sejam permainan berlangsung. 

Tujuh minit sebelum masa sebenar berakhir, Graziano Pelle menjadikan kedudukan 2-2 sebelum Mane menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86.