RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 22 Mac 2016

Kafa sudah lunas gaji Amutu secara berjadual

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menafikan dakwaan Austin Amutu kononnya badan induk itu tidak membayar tunggakan gaji pemain tersebut selama tiga bulan.
Sebaliknya Kafa meminta bekas penyerang kelahiran Nigeria itu menyemak kembali status akaun banknya dan bukan dengan membuat tuduhan membuta tuli.
Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Noor berkata, bayaran tersebut sudah dilunaskan oleh pihaknya sejak Khamis lalu.
“Kemungkinan Amutu tidak menyemak akaun bank. Saya ingin tegaskan bayaran tunggakan gaji itu dibuat secara berjadual.
“Bagi saya apa yang dibangkitkan oleh Amutu sebenarnya isu lapuk dan kita akan selesaikan semua tunggakan tersebut,” katanya.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, rungutan Amutu yang menuntut The Red Warriors melunaskan gajinya yang belum dibayar.
Amutu, 23, yang beraksi selama semusim bersama Kelantan tahun lalu setelah dipinjamkan oleh Warri Wolves FC dari Nigeria mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji tiga bulan berjumlah AS$42,000 (RM170,000).
Bagaimanapun, penyerang itu menegaskan, dia tidak berhasrat memanjangkan kes berkenaan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) seperti yang dilakukan oleh seorang lagi bekas penyerang import Kelantan, Erwin Carrillo kerana masih memberi peluang kepada Kafa.
Tambah Ismail, sebagai bekas majikan Kafa tidak pernah lari daripada tanggungjawab.
Ismail memberitahu, sebelum ini, pihaknya sudah menjelaskan tunggakan gaji secara berjadual melibatkan lima bekas pemainnya musim lalu yang bernilai RM477,000.
Lima pemain terlibat ialah Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Nazri Ahmad, Mohd. Fitri Omar dan Amiridzwan Taj Tajudin.