RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 23 Januari 2016

Vida Janjikan Dana RM60 Juta

DR. HASMIZA OTHMAN melihat gambaran wajah baharu Stadium Sultan Muhammad IV yang berwarna merah jambu dan putih sewaktu melawat stadium itu untuk menyaksikan kerja-kerja pengubahsuaian awal di Kota Bharu semalam.
DR. HASMIZA OTHMAN melihat gambaran wajah baharu Stadium Sultan Muhammad IV yang berwarna merah jambu dan putih sewaktu melawat stadium itu untuk menyaksikan kerja-kerja pengubahsuaian awal di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman meletakkan sasaran untuk membawa masuk dana berjumlah RM60 juta lagi dalam usahanya untuk menyaksikan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bersaing di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
Penaja utama The Red Warriors itu, menerusi syarikatnya Vida Beauty, berkata beliau akan ber­usaha keras untuk memastikan impian tersebut tercapai sekali gus meletakkan pasukan Kelantan berada dalam kelasnya yang tersendiri.
“Jika mahu terus berjaya dalam bola sepak, kita perlukan lebih banyak dana untuk menampung perbelanjaan menguruskan pasukan.
“Saya akan mencipta sesuatu untuk memastikan pasukan Kelantan mempunyai dana seba­nyak RM60 juta sebagaimana yang diimpikan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli majlis Kafa dan Kelab Penyokong Bola Siber Kelantan (kelate.net) dan Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), di sini semalam.
Katanya, dana berjumlah RM60 juta itu melibatkan tajaan selama dua musim untuk tahun akan datang yang akan digunakan untuk perancangan masa hadapan.
Katanya, sebagai permulaan, beliau menyumbangkan tajaan berjumlah RM16 juta bagi musim 2016 dan 2017.
“Saya mendapati jumlah tajaan yang diberikan masih belum mencukupi untuk menjadikan pasukan Kelantan lebih kuat. Jadi kami akan terus berusaha dan sasaran saya ialah memasarkan produk keluaran Vida Beauty ke Timur Tengah,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Datuk Vida memberi jaminan Kelantan tidak akan mengalami masalah tunggakan gaji selepas ini.
Katanya, jaminan itu diberikan selepas beliau menubuhkan akaun dana khas gaji dan penajaan untuk memastikan masalah tersebut tidak berulang.
“In sya Allah, kami beri jaminan gaji pemain Kelantan akan dibayar mengikut masa. Jadi saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik bagi memastikan Kelantan terus menang,” katanya.