RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 23 Januari 2016

Devan Belum Ada Barisan Bayangan


Devan (kanan) tidak mahu terburu-buru menamakan kesebelasan terbaik pasukannya.
Devan (kanan) tidak mahu terburu-buru menamakan kesebelasan terbaik pasukannya.

K DEVAN masih belum mempunyai barisan bayangan untuk menggalas cabaran skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Pengendali Kelantan itu berkata, masih terlalu awal untuk menamakan barisan terkuat meskipun pasukan kendaliannya sudah menjalani latihan pra musim, sejak Disember tahun lalu.
“Indra Putra (Mahayuddin) pun baharu menyertai kita, malam kelmarin. Selain itu, Abd Manaf (Mamat) dan Mohd Norfarhan (Muhammad) juga masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan.
“Begitu juga pemain import, setakat ini kita hanya ada Jonathan McKain bersama pasukan ini walaupun kita sudah menguji begitu ramai pemain asing sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, ketika ini dia lebih menumpukan usaha untuk meningkatkan tahap kecergasan anak buahnya sama ada dalam sesi latihan mahu pun perlawanan persahabatan.
Malah jurulatih berusia 54 tahun itu turut memberitahu, dia belum menerapkan corak taktikal sepenuhnya memandangkan kuota tiga pemain import dalam pasukannya masih belum lengkap, ketika ini.
“Kita masih ada tempoh tiga minggu lagi sebelum saingan bermula. Saya tidak mahu terburu-buru dan kita akan terapkan gaya permainan pasukan Kelantan secara perlahan-lahan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, bekas pengemudi Negeri Sembilan itu turut memuji kesungguhan pemain tempatan yang sentiasa bekerja keras meningkatkan prestasi bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Ini merupakan satu perkembangan positif dan saya berharap momentum itu akan berterusan sebelum kita berdepan ujian pertama pada aksi pembuka tirai Liga-M, pada 13 Februari nanti,” katanya.
www.sinarharian.com.my