RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 19 Januari 2016

Stadium Sultan Muhammad IV kini boleh dicat



STADIUM Sultan Muhammad Ke IV, 


Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sudah menerima surat permohonan rasmi daripada Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida pada Ahad lalu bagi mengecat dan membaik pulih Stadium Sultan Muhammad IV. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata surat rasmi itu dihantar oleh wakil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mewakili Datuk Vida. 

Katanya, permohonan itu diserahkan bersama pelan dan reka bentuk cadangan untuk mengecat serta kawasan yang akan dibaik pulih sebagaimana permintaan penaja utama Kelantan itu. 

"Saya sudah meluluskan permohonan berkenaan dan kerja-kerja mengecat serta membaik pulih boleh dimulakan bila-bila masa saja memandangkan perlawanan pertama akan berlangsung dua minggu lagi," katanya Vida menerusi syarikatnya Vida Beauty Sdn Bhd yang juga pengeluar produk kosmetik terkenal Qu Puteh adalah penaja utama pasukan Kelantan musim ini. 

Beliau sebelum ini memohon untuk mengecat Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu sebagai syarat penajaan dan ia dipersetujui oleh kerajaan Kelantan selepas dimaklumkan oleh KAFA.