RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 19 Januari 2016

'Saya kena kuat...' [METROTV]

Klang: "Saya kena kuat untuk teruskan hidup dan saya mahu kaki palsu supaya senang 

nak berjalan nanti," kata Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kakinya selepas
digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, semalam.
Menceritakan kejadian itu, Siti Nuraisyah yang juga anak keempat daripada tujuh beradik
berkata, dia membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya sebelum
dilanggar kereta dari arah belakang.
Katanya, kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, cedera pada badan serta terseliuh kaki
kanan dan kiri.
"Saya terjatuh di tengah jalan dan tak perasan ada lori. Kenderaan itu menggilis kaki saya
dan terus beredar dari tempat kejadian.
"Waktu itu, saya macam nak pengsan sebab banyak darah keluar. Saya menjerit sekuat
hati kerana saya memang takut dengan darah.
"Saya masih terkejut dan trauma dengan apa yang berlaku. Saya kena cekal dan tabah
terutama untuk dapat berjalan semula seperti biasa," katanya ketika ditemui Harian Metro
di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, pagi tadi.
Ibu Siti Nuraisyah, Maimunah Md Razali, 48, berkata dia mengetahui anaknya terbabit
kemalangan selepas dihubungi orang awam memaklumkan anaknya kemalangan pada
3 petang, semalam.
"Saya terus ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK), Bagan Terap. Sedih melihat keadaannya ketika itu kerana banyak darah di kakinya.
"Sebagai ibu, saya tidak dapat gambarkan betapa sedihnya saya. Saya tidak dapat
menerima hakikat dia (Siti Nuraisyah) terbabit kemalangan sehingga menyebabkan
dua kakinya putus," katanya yang menangis.
Katanya, dia sedih melihat Siti Nuraisyah tidak dapat berjalan seperti biasa.
"Sebelum ini, dia (Siti Nuraisyah) akan menangis kalau terjatuh dan cedera sebab dia
takut darah tapi masa hari kejadian, dia kuat semangat... langsung tak menitiskan air
mata.
"Tapi hati ibu mana yang tidak pilu melihat anak perempuan kesayangannya tiada kaki,
sebak melihat keadaannya," katanya.
Menurutnya, dia berharap akan ada pihak tampil membantu bagi meringankan beban
ditanggungnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata,
pemandu kereta dan lori yang terbabit dalam kemalangan berkenaan sudah membuat
laporan polis kira-kira 12.45 hingga 1.30 pagi tadi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami kini dalam
proses memanggil saksi kejadian dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan," katanya
ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.
Siti Nuraisyah yang kehilangan kedua-kedua kaki ditemani Maimunah di HTAR, Klang. FOTO Roslin Mat Tahir