RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 15 Januari 2016

Bolasepak kita ‘dianjing-anjingkan’ oleh penaja? - ULTRAJANG

Amboi amboi amboiiiii! kemain penaja kita ini Jang tengok. Duit belum keluar lagi tapi dah beria minta itu ini kat dalam TV. Minta wisel pink lah, minta gol dilajakkan lah, minta nama pasukan dibinkan kepada nama dialah!  Tradisi dan falsafah bolasepak yang dibina dengan semangat, harga diri dan air peluh dulu oleh Awang Mahyan, Ahmad Basri, Mohammad Che Su, Mokhtar Dahari serta beberapa nama lagenda negera dulu itu habis ditong sampahkan saja la?
Inilah bahana bolasepak yang dikomersilkan tanpa pendirian. Ianya tidak salah cuma seronokkah kita melihat bolasepak kita dijual beli, ditarik tolak dan dimanipulasi sesuka hati? Tapi kalau kau rasa bolasepak kita ini seperti muka melayu negrito yang perlu dimekap, perlu diputihkan, perlu di urbankan, ikut kau lah nok!
Baca ulasan Professor Han Oryza tentang pengkomersilan dan ‘renovation’ bolasepak kita.
Antara tradisi dan falsafah, serta kuasa penaja.
Hal perubahan, reformasi atau transformasi dalam bola sepak bukanlah perkara baru. Bola sepak akan sentiasa dimajukan sama ada dari segi teknikal permainan dan pengurusan. Misalnya, dulu pemain boleh ‘curi ayam’, sekarang boleh curi  skor gol ketika lawan sedang ralit bersorak.  Dulu jersi tak ada bintang, sekarang jersi letak tiga bintang, siap ada bulan sekali. Begitulah.
Namun, ada dua perkara yang wajib dihormati dan dipelihara, iaitu TRADISI dan FALSAFAH.
Tradisi ialah kepercayaan, adat atau sejarah yang dibawa generasi ke generasi sebagai makna simbolik tentang siapa kita pada masa lalu. Falsafah pula ialah pengetahuan asas semula jadi tentang sesuatu perkara.
Soalannya; Apakah tradisi dan falsafah pasukan bola sepak negeri dan negara aku dan kau? Kita?
Jawapan kepada dua perkara di atas ini akan membentuk jati diri pasukan negeri dan negara. Kegagalan berpegang kuat kepada dua perkara asas tersebut membuatkan bola sepak kita tiada prinsip, kucar-kacir, terawang-awangan dan tidak ke mana-mana. Inilah perkara asas bola sepak sebelum kita mahu bermimpi ke Piala Dunia. Dan perkara asas ini bermula dengan benda seremeh menukar logo, warna dan nama pasukan.
Pengurus Kedah 80-an, arwah Ahmad Basri Akil ketika menukar warna jersi asal daripada merah-hitam kepada hijau-kuning pun memberikan jawapan signifikan dan penuh berfalsafah mengenai asas transformasi yang mahu beliau lakukan.
Hijau-kuning ialah warna padi yang sinonim dengan orang Kedah. Malah, falsafah padi itu sendiri menyimpan makna besar, nampak molek dan baik. Ertinya, berisi tapi tidak meninggi diri, rela berjasa meski tidak dipeduli. Logo bola pula diletakkan gambarajah bola sebesar-besar alam sebagai pesanan betapa bola sepak ialah fokus utama kenapa FA negeri itu wujud. Bukan kerana trak, wang atau cintakan haiwan bernama Lang Merah.
Malangnya, pada 2014 lalu entah tiba-tiba muncul seekor Lang Merah buatan Google menggantikan logo penuh sejarah itu. Alasan diberikan, Lang Merah lebih garang dan berkarakter. Habis, kalau suatu hari nanti ada pemimpin bangang mendakwa Ironman lebih berkarakter, maka logo harus ditukar kepada kepala Ironman? Kemudian datang pula pemimpin bahalul sukakan Batman, maka diletakkan pula kepala Batman.
Mengenai logo Pahang pula, jelas sekali ia tidak ubah seperti rekaan tipikal kebanyakan logo pasukan bola sepak negeri di Malaysia. Ada sebiji bola, perisai dan padi melingkar (bunga manggar?). Paling menonjol sekali ialah tulisan jawi yang nyata menyerlahkan nilai, tradisi dan sejarah lama Pahang sebagai pasukan bola yang diwakili anak watan negeri (Melayu) ketika awal penubuhannya.
Tulisan jawi tiada pada logo Selangor, Perak dan Pulau Pinang kerana sejarah penubuhan dan pencapaian mereka dimulakan orang Inggeris. Ya, logo lama Pahang ialah rekaan asli lokal genius negeri itu. Dan jika ada sebarang perubahan, sewajarnya asas dan falsafah logo lama dikekalkan atau setidak-tidaknya diadaptasi sekreatif  mungkin. Bukan sekadar beri alasan logo baru lebih moden, senang cetak kat baju atau nampak kena dengan maskot negeri.
Habis, kalau suatu hari nanti ada pemimpin setan mendakwa gajah tidak sesuai sebab lambat dan senang naik minyak, maka apakah tupai terbang pula akan menjadi logo Pahang?
Sekarang kita ulas pula warna jersi utama (diulangi: JERSI UTAMA). Merah pada bendera Kelantan ialah lambang kejujuran raja, pemimpin dan rakyat. Sebaliknya, merah jambu tidaklah memberi makna apa-apa selain melambangkan Qu Puteh, tidak lebih daripada itu.
Habis, kalau ada penaja mahu jersi pasukan tajaannya berwarna kelabu tahi anjing, maka terpaksanya FA negeri menjilat syarat diberikan. Ini bermakna, jika setiap tahun penaja berkeras mahu warna kegemaran masing-masing, maka setiap tahunlah jersi pasukan bertukar warna. Setan sungguh bola sepak kita! Dianjing-anjingkan. Pasal stadium pink pula, selepas habis kontrak penajaan dua tahun, apakah stadium akan ditukar cat serta merta atau dikekalkan warna pink. Sekarang, nampak tak siapa bijak?
Dan hal yang paling setan sekali ialah menukar atau menggabungkan nama pasukan negeri dengan nama penaja. Situasi ini samalah seperti kau rela dibinkan PTPTN kerana badan pinjaman pendidikan itu lebih banyak beri bantuan kewangan berbanding abah kau yang miskin. Sekarang  panggil saja nama kau Seman bin PTPTN!
Kemudian setiap kali tukar penaja, maka nama negeri pun bertukar. Pamoga Kelantan, KFC Kelantan, Tesco Kelantan, Kedai Emas Che Limah Kelantan. Malah, lebih menyakitkan hati, FAM beberapa hari lalu menyatakan sedia teliti permohonan KAFA untuk tukar nama negeri. Maknanya, tiada apa syarat dan undang-undang pun untuk menyekat FA negeri menukar nama.
Apapun, paling aku sedih dan terkilan ialah ketika melawat dua tiga laman FB penyokong Kelantan dengan jumlah penyokong mereka yang ramai. Boleh dikatakan hampir tiada seorang pun yang bersuara dan menyatakan prinsip akan perkara tradisi dan falsafah bola sepak mereka.
Aku punya sedih tidak ubah seperti Kaali mengalirkan air mata tatkala menyaksikan pengkhianatan kekasihnya, Meera dalam Dilwale. Jahanam! Jahanam!
Benarlah kata Kapilla; Demo lah ni tok supo mulo. Tak berani kawe nak tego.
- See more at: http://www.ultrajang.com/bolasepak-kita-dianjing-anjingkan-oleh-penaja/#sthash.qClkUatY.Ekrq5OXw.dpuf