RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 15 Januari 2016

Guru Melayu Diserang Dan Dihalau Dari Sekolah Cina

guru Melayu

Seorang guru wanita Melayu yang mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Mersing Johor telah mendakwa pernah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan kerana sekolah berkenaan dikatakan tidak memerlukan guru berbangsa Melayu kerana tidak tahu mengajar.

Guru wanita itu juga telah membuat satu laporan polis semalam di Balai Polis Mersing kerana diserang bapa seorang murid sekolah yang sama yang dikatakan telah memaki guru berkenaan dalam bahasa Cina pada 5 Januari lepas.

Beliau yang kami rahsiakan namanya berkata pada pukul 12.20 tengahari semalam, dia didatangi bapa murid berkenaan kemudian diserang dengan dibaling buku dan alatan mengajar di bilik guru.

20160113191138
Bapa murid itu memarahi wanita berkenaan sehingga memaksa seorang guru menenangkan lelaki itu serta meredakan keadaan.

“Hal ini disaksikan oleh empat orang guru iaitu (dirahsiakan)… Sebelum ini, iaitu pada 5 Januari, murid itu telah memaki saya dalam bahasa Cina tanpa sebab semasa sesi P&P dijalankan.

“Saya telah melaporkan kejadian ini kepada guru kelas tetapi sehingga pukul 1 tengahari (hari kejadian) tidak ada sesiapapun (guru besar, guru kelas atau guru penolong kanan) yang datang berbincang dengan saya mengenai hal ini,” katanya dalam laporan polis berkenaan.

20160113191139
20160113191138 (1)