RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 26 Disember 2015

"SAYA BINCANG DENGAN KAFA SEBELUM KE SARAWAK"

saya-bincang-dengan-kafa-sebelum-ke-sarawak
Itu penjelasan bekas penyerang Harimau Muda A, Syahrul Azwari Ibrahim berhubung tindakannya untuk tidak menyertai negeri asal, Kelantan dan ke Sarawak untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Bagi Syahrul, situasi perpindahannya ke Sarawak berbeza dengan isu penghijrahan dua bekas rakan sepasukannya di Harimau Muda A tahun lalu, Garry Steven Robbat dan Ferris Danial.

Ia kerana penyerang berusia 22 tahun itu sudah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum memutuskan untuk menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

"Saya dah ikut prosedur dan  undang-undang saya sudah berbincang dengan KAFA dan laporkan kepada mereka bahawa saya sedang menunggu keputusan dari Sarawak. 

Apa pun saya memang tiada sebarang persetujuan dengan Kelantan," jelasnya.

Sarawak menjadi pilihan Syahrul kerana dia melihat pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal itu mampu membantu peningkatannya, sebagai seorang pemain profesional.

"Saya nak cari pengalaman dulu kerana saya mahu bermain, saya ke Sarawak kerana mahu menimba ilmu disamping mahu bermain," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) Reezal Zambry Yahya berasa pemain kelahiran Kelantan itu wajar diberi peluang menentukan hala tuju kerjayanya selepas menamatkan tugasan bersama Harimau Muda A.

"Bagi Syahrul buat pilihan sendiri, berikan dia peluang.

Saya menyokong dia mahu ke Sarawak, kerana dia tahu apa yang dia buat," ujarnya.