RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 26 Disember 2015

SYARAT LAPUK

syarat-lapuk

Kemeriahan bola sepak negara tidak terhenti walaupun kita semua tahu bahawa pada masa ini merupakan masa berehatnya saingan Liga Malaysia.
Namun kepada persatuan bola sepak dan kelab ini bukan masa mereka untuk berehat sebaliknya membuat persiapan bagi memantapkan pasukan masing-masing baik di Liga Super atau Perdana.

Pikat memikat dan tawar menawar adalah merupakan perkara yang paling menarik untuk kita peminat-peminat dan pemerhati bola sepak tunggu-tunggukan. Di mana kita ingin melihat bagaimana kebijaksanaan pengurusan sesebuah persatuan dan kelab itu menguruskan dana mereka.

Sementara itu kita juga ingin melihat sejauh mana tahap proffesionalnya pemain-pemain tempatan dalam menguruskan kerjaya mereka dalam urusan penawaran kontrak ini. Tetapi apa yang dapat kita lihat ketika ini perkara yang sama berlaku setiap tahun seperti pemain sign kontrak tidak mendapat pelepasan daripada negeri asal dan sebagainya.

Kenapa perkara-perkara ini boleh berlaku? Apakah langkah-langkah seterusnya badan induk bola sepak negara mengatasi masalah ini? Bagaimana ia mampu merubah cara pentadbiran dalam menguruskan kerjaya seseorang pemain itu? Itulah yang perlu difikirkan oleh badan induk bola sepak negara dan ahli gabungannya. 

Apakah syarat-syarat yang ditetapkan di dalam kontrak pemain itu relevan pada masa kini terutama kepada pemain skuad harimau muda.

Apa yang saya lihat badan induk bola sepak negara perlulah menghapuskan syarat-syarat lapuk dalam kontrak yang termaktub sebelum ini kepada pemain-pemain Harimau Muda terutamanya, di mana meraka perlu balik ke negeri dimana persekolahan terakhir dan bermula karier sebagai pemain bola sepak.

Dalam era professional ini saya kira pemain-pemain perlu diberikan hak sepenuhnya ini kerana kebanyakkan persatuan atau pun kelab tidak melaburkan modal kepada mereka sebaliknya Kementerian Pendidikan Malaysia yang banyak melabur dan mencungkil bakat mereak.

Bagi kesedaran dalam urusan pentadbiran diri ini, di mana pihak yang bertanggungjawab perlulah memberi didikan awal kepada pemain-pemain ini bagaimana untuk menguruskan kerjaya mereka ini.

Kepada pemain-pemain dan bakal pemain bola sepak gunalah kebijaksanaan anda dalam mencari ilmu bagi memastikan dan menjamin masa depan anda.