RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 5 Julai 2017

Taktikal Alfredo Gonzales Masih 'Tidak Cukup' Walaupun Menang Keatas UITM FC



Kemenangan semalam di Kota Bharu merupakan kali kedua tahun ini sekaligus menamatkan deretan kekalahan berturut-turut di Kota Bharu sebelum ini, Kali terakhir Kelantan mencipta kemenangan di Kota Bharu iaitu ketika menentang T-Team FC dalam saingan Liga Super 2017 pada 3 Mac.

Walaupun pasukan Kelantan mencipta kemenangan 3-1 keatas UITM FC di Kota Bharu dalam saingan Piala Malaysia 2017 Peringkat Kumpulan pada perlawanan semalam, Ternyata para penyokong Kelantan masih tidak mahu berpuas hati kerana taktikal corak permainan pengurus Kelantan Alfredo Gonzales masih tidak cukup hebat buat Kelantan terus bersaing pada baki perlawanan dalam Liga Super dan Piala Malaysia 2017.

Pada perlawanan semalam, Goalkeeper Kelantan Khairul Ramadhan antara pemain menjadi tumpuan di dalam stadium apabila kerap kali menyelamatkan pintu gol pasukan Kelantan dari asakan hebat pemain UITM FC sekaligus berjaya mempertahankan keputusan sehingga wisel ditiup.

Manakala, Penyokong Kelantan sudah pasti tidak mahu terlalu terbuai-buai dengan kemenangan pada perlawanan semalam kerana ada lagi cabaran lagi getir seterusnya pada hari sabtu ini menentang Melaka United dalam saingan Piala Malaysia dan juga banyak lagi pasukan perlu diharungi pasukan Kelantan dalam bulan Julai.

Tambah lagi pendapat penyokong mengatakan, Taktikal Alfredo Gonzales jika berhadapan pasukan lebih kuat sudah semestinya memberi masalah buat pasukan Kelantan FA seperti menentang Sarawak tempoh hari.

Penyokong Kelantan turut berharap Alfredo Gonzales turunkan pemain tempatan seperti Norfarhan, Danial Ashraf di bahagian serangan berbanding Alessandro Celin yang kebelakangan ini persembahan tidak menyakinkan.

Rekod bermain di home boleh dikatakan paling teruk pernah diharungi pasukan Kelantan FA sejak ditubuhkan kerana semua kekalahan Kelantan di Liga Super setakat ini dari kekalahan bermain di Kota Bharu iaitu sebanyak 6 Kali.

Tahniah kepada para penyokong tetap menghadiri Stadium dan bersama pasukan walaupun rekod Kelantan di Kota Bharu sangat teruk. Semoga Kelantan FA mencipta kemenangan pada hari sabtu menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat.