RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 5 Julai 2017

Gergasi Elektronik Japan, 'ROHM Wako' Sudah Jadi Penaja Rasmi Kelantan FA?


Gergasi Elektronik Jepun, 'ROHM Wako' Sudah Jadi Penaja Rasmi Kelantan FA?

Pengeluar komponen elektronik terkenal dari Jepun, ROHM-Wako, dikhabarkan sudah memberikan penajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Sebelum ini pada minggu lepas, Penaja Kelantan Yakult, Hiroshi Hamada membuat status melalui facebook peribadi rasmi beliau mengatakan ROHM Wako akan menjadi sebahagian keluarga Kelantan.

Arkib Berita -> Syarikat Elektronik Japan “ROHM WAKO” Bakal Jadi Penaja Kelantan FA?

Namun berita terkini dikhabarkan Rohm syarikat dari jepun sudah menjadi penaja rasmi pasukan Kelantan apabila facebook rasmi TRWFC turut memuat turun status di facebook mengatakan :

"Terima kasih ROHM Semi Conductor" - TRWFC




Turut kelihatan logo ROHM Semiconductor sudah ditampal di bahu lengan jersi pasukan kelantan dan jersi tersebut turut digunakan ketika perlawanan menentang UITM FC semalam sekaligus mengesahkan ROHM sudah menjadi sebahagian keluarga TRW secara rasmi.
Image may contain: 2 people, text
Nilai penajaan ROHM buat pasukan Kelantan masih belum didedahkan tetapi ia mungkin nilai tidak sebesar seperti penaja utama kerana logo stiker penaja ROHM berada di ruang bahu dengan ukuran logo kecil.


Image may contain: 1 person
Namun, munculnya ahli baru sebahagian daripada keluarga Kelantan FA sedikit sebanyak dapat membantu kewangan pasukan The Red Warriors untuk terus bersaing terutama dalam saingan Liga Super.

Foto Wawan Faiz.

Rohm Syarikat Elektronik berasal dari Negara Jepun mungkin ada rata-rata penyokong Kelantan mengenali syarikat tersebut kerana ramai rakyat tempatan bekerja di Rohm Wako, ROHM-Wako merupakan kilang terbesar di Kelantan telah beroperasi selama 30 tahun dengan kapasiti hampir 2000 pekerja, baru-baru ini juga mengumumkan pelaburan baru berjumlah RM600 juta bagi membesarkan operasi mereka yang berpangkalan di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa. (ayat ini sedikit sumber : FOOTBALL TRIBE)

Kredit Gambar : TRWFC & Wawan Faiz
Sumber Artikel : Kelantan F.A. Football Team