RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 4 Julai 2017

BERITA BUAT PENYOKONG KELANTAN SEBELUM MENGHADAPI UITM FC

BERITA BUAT PENYOKONG KELANTAN SEBELUM MENGHADAPI UITM FC

1. Perlawanan Kelantan vs UITM FC malam ini tiada siaran langsung, mungkin live stream ada jika tiada sebarang masalah timbul. 50/50 bergantung situasi pada malam ini.

2. Alfredo Gonzales Pengurus Kelantan sekali lagi menguasai keputusan memilih corak taktikal permainan dan senarai penuh pemain malam ini sekaligus Zahasmi Ismail dan barisan jurulatih yang lain hanya mampu berdiam diri di tempat duduk.

3. Alfredo Gonzales Pengurus pasukan Kelantan FA dijangka tidak buat banyak perubahan taktikal dan pemilihan malam ini terutama pemain import bakal diturunkan kerana punca kekalahan bukan kerana taktikal beliau tetapi kerana ketiadaan padang latihan yang sesuai sepanjang bulan Ramadan.

4. Badhri Radzi kapten Kelantan dikatakan sudah pulih dan siap sedia untuk diturunkan memakai lilitan kapten pada perlawanan malam ini. Namun itu semua bergantung Alfredo Gonzales jika beliau memerlukan khidmat piya pada malam ini.

5. Nik Azli pemain muda sebelum ini diturunkan ke Skuad Senior ketika lawan sarawak tempoh hari kemungkinan tidak diturunkan malam ini menentang UITM kerana pemain tersebut diterbangkan ke Kuching untuk bersama skuad Kelantan Presiden. merujuk Kelab Scoreboard SSMIV

6. Persembahan Abou Bakr sehingga kini belum menemui sentuhan sebenar kerana pemain ini bermain posisi di Kelantan tak sama seperti kelab lama beliau. Morgaro Gomis menjadi pemain import kesayangan TRW sekarang kerana menampilkan aksi bertenaga ketika menentang Sarawak.

7. Dijangka kehadiran penyokong kelantan di SSMIV semakin berkurang selepas Kelantan mengalami 6 kekalahan di Kota Bharu dalam saingan Liga Super dimana 6 kekalahan tersebut merangkumi semua jumlah kekalahan Kelantan tahun ini.

8. Khairul Fahmi memohon maaf kepada semua penyokong dan rakan sepasukan, Beliau mengatakan semoga maju jaya buat rakan sepasukan pada perlawanan malam ini sekaligus menujukkan Khairul Fahmi bakal diketepikan dan digantikan Khairul Ramadhan yang tengah menyerlah ketika ini

9. Sehingga hari ini tiada khabar berita dari FMLLP mengenai rayuan kali kedua transfer seydi imam supaya diluluskan.   

10. Ucapan setulus tahniah kepada pemain tengah meningkat naik iaitu Rozaimi dan pasangannya atas kelahiran cahaya mata pertama mereka, semoga anak baru lahir ini akan membesar sebagai seorang anak yang solehah dan muslehah di dalam ummah ini, penerus kepada perjuangan memartabatkan Islam insya-Allah.