RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 3 Jun 2017

Respon Penuh Tan Sri Annuar Musa Selepas Iwe Seli Dan Tuan Faim Lapor Kepada PFAM



Melalui status terkini facebook Tan Sri Annuar Musa berkongsi bahawa Kelantan FA pada musim 15/16 ada penaja tidak bayar mengikut belanjawan yang dibuat sekaligus berlaku lari bajet antara punca tunggakan/hutang gaji berlaku.

Beliau turut menegaskan berikthiar menghidupkan Bolasepak Kelantan sikit demi sedikit dan berharap pasukan Kelantan FA mendapat pembelaan seperti pasukan suatu hari nanti.

Tan Sri Annuar Musa turut memberitahu sesetengah pemain tidak memahami membuat laporan seolah-olah KAFA tidak mahu bayar, TSAM menegaskan KAFA tiada duit walaupun mendapat perintah mana-mana pihak terutama pihak PFAM memberi masa 14 hari dan melainkan pemain tersebut berunding secara elok supaya pemain tersebut dapat bayarar secara ansur-ansuran.

Tan Sri Annuar Musa turut mendedahkan bahawa KAFA kemungkinan mempunyai hutang dengan 20-30 individu dan sebahagian besar daripada mereka antaranya brendan gan (pemain & staff) cakap baik-baik dan memahami masalah yang dihadapi oleh KAFA dan mereka jugak tidak membuat laporan ke pihak atasan malah mereka mempunyai tunggakan lebih besar daripada Khairul Izuan dan Tuan Faim.

Tan Sri Annuar Musa juga bersetuju Pasukan Kelantan jadi milik penyokong Kelantan dan mencadangkan wujudkan 100k unit saham dan beri penyokong minima 30k unit saham (RM3 Juta) dan selebihnya 70k unit saham untuk syarikat/ korporat/ individu yang mahu beli secara blok

Inilah Statement Penuh Tan Sri Annuar Musa di Facebook :

"Masih ramai yg tak faham situasi KAFA..KAFA tidak mcm team lain YANG DI BERI BAJET TIAP TAHUN UTK MAIN BOLA.Mereka ada duit di sediakan..KAFA TIDAK ADA...

"Apabila musim 2015/16,ada penaja TIDAK BAYAR MENGIKUT BELANJAWAN YG DI BUAT(i.e. Rm16j ketika itu)maka berlaku defisit(ketidak cukupan dana tahun berkenaan.INI MENYEBABKAN KAFA "terhutang dengan hampir SEMUA PEGAWAI DAN PEMAIN SKUAD 2015/2016....

"Hutang ini di bawa ke hadapan dan TERCATAT DALAM AKAUN TAHUNAN KAFA,bukan hanya dgn sorang dua yg buat bising dan mengadu sana sini saja,TAPI KALAU TAK SILAP SAYA MUNGKIN DGN 10/11 orang pemain impot/jurulatih luar dan Lebih dari 10 orang pemain tempatan.(ERTINYA TERHUTANG DGN 20-30 individu)

"TUNGGAKAN INI BUKAN PERTIKAIAN ATAU SESUATU YG KAFA TAK MAHU BAYAR TETAPI KAFA BELUM/TIDAK ADA WANG DLM CASH FLOW UTK BAYAR BUAT MASA INI.ITU REALITINYA..

"TAJAAN 2017 tak cukup pun utk team/skuad 2017 sendiri,mcm mana nak guna utk bayar hutang 2015/2016...??

"Sama ada KELANTAN BERHENTI MENYERTAI LIGA M kerana ada hutang(gulung tikar dan semua orang berputih mata)atau terus BERIKHTIAR HIDUPKAN BOLA dan bina keupayaan secara sedikit demi sedikit..dan bayar bila mampu..(selagi team tak mati.Mana tau TRW mungkin maju atau dasar PIHAK BERWAJIB berubah dan mendapat pembelaan spt pasukan lain satu hari nanti..

"Di sinilah sesetengah player tak faham DAN MEREKA BAWA KEATAS SEOLAH OLAH KAFA TAK MAHU BAYAR...Mereka cuba dapatkan PERENTAH!!mereka boleh bawa dan mereka boleh dapat penghakiman spt KAFA DI KEHENDAKI BAYAR SEKIAN SEKIAN DLM TEMPOH 14 HARI dan sebagainya, tapi isu nya BUKAN KAFA TAK NAK BAYAR..kalau ada perintah dari langit sekali pun atau di pukul Mati sekalipun,KAFA TAK ADA DUIT UTK BAYAR...

"Pernah seorang pemain pergi ke mahkamah dan berjaya daptkan perintah mahkamah dgn membekukan akaun kafa..APA DIA DAPAT?membekukan akaun yg tak ada duit tak menyelesaikan apa apa..hingga hari ini pemain tersebut tak dapat duit melainkan setelah beliau berunding elok elok beliau dpt bayaran secara ansuran.

"SEBAHAGIAN BESAR PEMAIN FAHAM MASAALAH INI DAN MEREKA ADA TUNGGAKAN JAUH LEBIH BYK DARI IWE ROSLI ATAU FAIM..Tapi mereka faham kedudukan sebenar dan sentiasa SLOW TALK dgn kafa..misalnya BRANDAN GAN...dia cerita baik baik tp dia faham dia tak perlu bawa keatas KERANA KAFA TIDAK PERTIKAIKAN TUNGGAKAN CUMA KAFA BELUM MAMPU DAN KAFA TETAP AMBIL TANGGUNG JAWAB DAN BUKAN NYA WRITE OFF HUTANG ITU...

"Sekarang ini KAFA sudah kecilkan bajet SEHINGGA MENJADI TEAM LIGA SUPER PALING RENDAH BAJET NYA..Itu pun masih tak mampu nak cari RM10j setahun..APA NAK BUAT..BOLA DI MSIA TIDAK DAPAT DI TAMPUNG DARI TITIK PELUH PEMAIN..BOLA MSIA DI TAMPUNG DARI TITIK PELUH PENGURUSAN YG CARI "DUIT LUAR"utk tampung gaji pemain..pemain bukan lagi bekerja utk kelab buat duit Yg cukup tapi PENGURUSAN YG KENA KERJA UTK PEMAIN...hasil dari game tak sampai 10% dari bajet pasukan...

"TADI SAYA DENGAR KAFA NAK DI SWASTAKAN..saya rasa media silap lapur..KAFA SEBAGAI PERSATUAN DI BAWAH R.O.S TIDAK BOLEH DI SWASTAKAN..di bawah kafa bukan saja ada TRW,tapi ada TPW,TYW,team futsal,team wanita,dll lagi..SPT FAM TAK BOLEH DI SWASTAKAN

"Yg mungkin di maksudkan ialah MENSWASTAKAN PASUKAN KELANTAN...itu saya sokong..

"SERAHLAH TRW BIAR JADI MILEK PENYOKONG KELANTAN..biar penyokong beli saham dlm pasukan..Nilaikan TRW misalnya RM10juta..ujudkan 100,000 unit saham dgn nilai rm100/unit...beri pada PENYOKONG minima 30,000unit(3j)...atau 30%...yg lain utk skt/koporat/individu yg mau beli secara blok..INI BOLEH DI BUAT DGN MELANTIK SKT AKAUNTAN BERTAULIAH DAN BUAT TAWARAN SECARA PROFESSIONAL..TRW AKAN MUNCUL TEAM PERTAMA DI MILIKI PENYOKONG SENDIRI...saya rasa itu boleh kerana Kelantan ada ramai penyokong...ia satu cabaran

"Satu pilihan lagi ialah kalau berterusan pasukan negeri di biar dan semua pihak berwajib lepas tangan MAKA TIADA PILIHAN LAIN MELAINKAN BUBAR KAFA DAN KELANTAN BOLEH LUPAKAN LIGA M TERUTAMA DGN CORAK DAN CARA KELANTAN DI LAYAN OLEH BADAN INDUKNYA SENDIRI PADA MASA INI...

"Semua ini terpulang pada EXCO KAFA pimpinan DS AFFENDI HAMZAH serta badan gabungan KAFA utk memutuskan...

"LAGI KUAT DI TEKAN TERUTAMA OLEH PEMAIN YG MEMBAWA KE FIFA DAN FAM LAGI CEPAT TRW BERKUBUR..yg di kejar tak dapat yg di kendong berciciran..... semua berputih mata..

"KEPADA YG MEMAHAMI MASAALAH KAFA DAN TERUS BERSABAR KITA UCAP TERIMA KASIH..kita harus terus berikhtiar dan jika berpeluang harus kita bantu pihak yg jujur dan setia serta memahami majikannya..Bagi yg memilih cara menekan kafa...ALL THE BEST..YOU GET THE RULING/PERENTAH TAPI SAYA TAK FIKIR YOU GET THE MONEY...ESP WHEN THERE IS NO MONEY....
"Selamat Berpuasa..."