Pihak KPDNKK telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan menyerbu premis yang menjual jersi tiruan TRW 2017 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV semasa Perlawanan Persahabatan Kelantan menumpaskan Hanelang FC 4-0 petang tadi.
Punca Jersi tiruan menjadi pilihan penyokong TRW kerana jualan jersi original TRW masih belum ada dalam pasaran walaupun sudah 3 minggu Perjalanan Liga Malaysia berlangsung dan harga lebih murah.
Kesemua jersi berkenaan disita di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan sekiranya didapati bersalah, untuk satu helai jersi denda maksimum tidak lebih RM10,000 atau tiga tahun penjara.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan jersi tiruan disaran melaporkannya kepada KPDNKK.
Sumber : Glow Glowing TRW 2017