RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 26 Februari 2017

TMJ sporting tidak kisah dikasari pemain di atas padang

Image result for tmj main bola
Gambar : THE PHOTOSHOOTERZ

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan keputusan untuk mendaftarkan namanya sebagai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah untuk mencabar kemampuan dirinya sendiri. 

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi akaun rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers yang disiarkan hari ini. 

Pemilik JDT itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau serius akan didaftarkan sebagai pemain menjelang jendela perpindahan pemain pada bulan Mei ini. 

Berikut wawancara penuh berkenaan: 

Wartawan : Assalamualaikum. Ampun Tunku. Adakah serius yang Tunku akan didaftarkan sebagai pemain untuk jendela perpindahan pemain pada bulan Mei ini? 

TMJ : Saya dah mencapai pelbagai kejayaan dalam hidup saya. Saya telah mengetuai perbarisan berkuda pada perarakan Hari Kemerdekaan India, saya adalah Airborne dan Special Forces, memenangi 42 kejuaraan Sukan Polo di Australia, India, England, Argentina, Malaysia dan Singapura serta memenangi dua kejuaraan polo peringkat tertinggi di Kejohanan Metro Open, Argentina dan macam-macam lagi. Jadi kali ini saya ingin mencabar diri saya sendiri, mungkin menandatangani kontrak selama 6 bulan. Kita tunggu dan lihatlah nanti. Jika dapat masuk bermain seminit dua sebelum perlawanan tamat pun sudah memadai. Dapat juga saya merasa memakai jersi JDT. 

TMJ : Lagipun, saya yang mempunyai 42 kejuaraan Polo di seluruh dunia tidak di senaraikan untuk bermain di Sukan Sea tetapi individu yang tidak pernah menang pertandingan Polo dan tidak pandai bermain sukan Polo boleh bermain di Sukan Sea, takkan saya pula tidak boleh bermain di Liga Super? 

Wartawan : Bagaimana kalau ada yang ingin mengasari Tunku di atas padang? 

TMJ : Awak tanyalah kepada seluruh rakyat Johor ketika saya bermain untuk Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dahulu, berapa ramai yang telah mengasari dan menendang kaki saya. Saya tiada masalah. Saya 'sporting'. Tetapi jangan lupa, saya juga boleh mengasari mereka. Haha.. 

Wartawan : Terima kasih Tunku.

TMJ : Sama-sama 

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth


Sumber : BERITA HARIAN