RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 12 Jun 2017

Penjelasan Penuh Vingada Kenapa Tetap Pilih Safiq Jadi Kapten Harimau Malaya


KAPTEN Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim kembali diberi tugas memimpin skuad kebangsaan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada berkata pemilihan pemain berusia 30 tahun itu adalah sesuai kerana Safiq wakil terbaik penghubung antara beliau dan pemain lain dalam merencanakan strategi pada perlawanan itu.

"Pertama, dia pernah menjadi kapten buat pasukan kebangsaan dahulu. Selalunya apabila saya tiba di mana-mana pasukan baru, Saya akan bercakap dengan staff saya dan mengumpul maklumat"

"Saya mencari pemain dimana mempunyai cap paling terbanyak akan bermain esok dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan" 

"Safiq ada ciri-ciri tersebut dan memberikan kelebihan di atas padang, Dia tahu nak buat apa"

"Sebelum ini dia pernah menjadi kapten dan ini bukan kali pertama. Bagi saya dia boleh bermain dengan baik dan mempunyai banyak pengalaman untuk menggalas tanggungjawab itu," 

“Safiq merupakan wakil terbaik dalam kalangan pemain untuk memikul tanggungjawab itu. 


“Pemilihannya juga dipersetujui pemain dan pengurusan. Beliau juga telah menggalas tanggungjawab tersebut sebelum ini,” katanya 

Sementara itu, pemain tengah JDT itu tekad akan menampilkan prestasi terbaik pada aksi pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, sejak pengumumannya untuk bersara daripada skuad berkenaan pada Julai tahun lalu.
Sambil menyifatkan tanggungjawab itu bukan sesuatu yang mudah, Safiq berkata beliau dan rakan sepasukan akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperoleh keputusan yang diingini.

"Perlawanan itu sudah semestinya sukar. Kita mungkin berwajah baharu dan berdepan cabaran baharu, tetapi sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik.

"Setiap perlawanan ada tekanan. Saya dan rakan-rakan pernah berdepan situasi begitu. Kita ambil yang positif sahaja. Kita bermain di tempat sendiri yang beri kita lebih motivasi," katanya.

Sumber : METRO / UTUSAN / FOURFOURTWO