BENJAMIN MORA
BENJAMIN MORA
Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.


Menurut beliau, Mora akan kembali kepada peranan asalnya selaku ketua jurulatih JDT II kerana jurulatih berusia 51 tahun itu hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama.

"Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh," katanya.
“Kami ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Benjamin Mora atas segala kerja keras, dedikasi dan semua yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjaga kelab kami yang hebat ini.



Dalam pada itu, Edwards berkata pihaknya akan mengumumkan nama ketua jurulatih baharu JDT dalam masa terdekat ini.
"Untuk sementara, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan membimbing JDT sebelum kami akan mengumumkan jurulatih baharu skuad itu bagi mengharungi saingan liga elit domestik dan Piala Malaysia yang bermula pada bulan depan.
Edwards turut mengucap terima kasih kepada Mora di atas usahanya dan kerja keras membimbing JDT dengan berdedikasi apabila berusaha menaikkan imej kelab berkenaan.
"Beliau adalah seorang jurulatih muda yang berpotensi dan kami yakin beliau akan menjadi seorang jurulatih yang lebih baik pada masa akan datang," kata Edwards.