RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 15 Jun 2017

Malaysia B22 Menang 3-0 Ke Atas Kelab Bekas Juara AFC Champion League Guangzhou Evergrande



PETALING JAYA: Skuad Projek Sukan SEA akhirnya memberi keputusan baik sebelum berangkat pulang dari Guangzhou, China.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas skuad simpanan Guangzhou Evergrande FC pada Khamis.

Skuad B-22 bertandang ke China bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa bagi persiapan Kelayakan Piala AFC 2018 Julai ini serta Sukan SEA Ogos depan.

Pada aksi pertama  menentang skuad Bawah 22 Tahun China, Ahad lalu, pasukan negara tewas 1-0, manakala meraih seri 2-2 ke atas Guangzhou R&F FC Selasa lalu.

Sumber : MSTAR