RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 18 Jun 2017

Komen Para Penyokong Mengenai Prestasi Penampilan Pertama Seydi Imam

Aksi Seydi Imam pemain import TRW paling ditunggu-tunggu para penyokong setia The Red Warriors untuk melihat dan menilai sejauh mana kemampuan pemain yang akan menggantikan tempat Alessandro Celin.

Seydi Imam diturunkan buat kali pertama ketika perlawanan persahabatan menentang MPKB Bri FC di Padang Perdana, Kota Bharu semalam, Namun apa yang menarik pemain tersebut telah berjaya menjaringkan gol pertama peribadi pada aksi pertama beliau bersama Kelantan sekaligus berjaya membantu pasukan meraih kemenangan 5-0.

Bagaimanapun, Para penyokong memberi pelbagai reaksi dan pandangan mengenai aksi Seydi Imam antaranya page RedTrooper Fanzine juga turut memberi 4 komen mengenai prestasi Seydi Imam. Komen Beliau :-

"1) Imam dio gagoh , meh meh Dickson
"2) Kaki dio laju , buleh lari sambil shooting
"3) Bijok tiko pasukan buat serangan
"4) Sedak pado Ghaddar , JAMIN
"Untung kalau Kelate sign dio 💪🏻

"Rate untuk Seydi L Imam : 8/10" - 
RedTrooper Fanzine

"Seydi ime gagoh gu po diksen nuakamil..ungga laju po usen bok" - Lajie Jojie 

Tetapi, rata-rata penyokong The Red Warriors tidak mahu lagi terlalu merasa puas hati dengan persembahan Seydi Imam walaupun pemain tersebut beraksi cemerlang kerana menentang MPKB Bri FC bukan ukuran yang sebenar dan masih terlalu awal untuk menilai kemampuan sebenar pemain import.

Namun pihak KAFA masih belum mengumunkan dan memberi penjelasan mengenai status Seydi Imam sama ada FMLLP memberi kelulusan atau tidak kepada Seydi Imam untuk menggantikan Alessandro Celin, Semuanya masih menjadi teka teki

Kemungkinan berita status Seydi Imam akan diketahui dalam masa terdekat.