RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 19 Jun 2017

Kedudukan Kelantan FA Dalam Liga Super Selepas Dapat 3 Mata Semula


Permintaan pertama pihak KAFA berkenaan jumlah pemotongan mata.

Diputuskan bahawa jumlah mata yang dipotong akan dikurangkan kepada 3 mata perlawanan. 


Keputusan ini telah dibuat berdasarkan usaha pihak KAFA untuk melengkapkan pendataran pasukan dengan mengemukakan pelan pembayaran untuk jumlah-jumlah yang tertunggak.


Inilah kedudukan Liga Super 2017 terkini terbaru selepas Kelantan meraih kembali 3 mata yang dipotong 6 mata sebelum ini



Kelantan mampu bergembira dalam duka selepas rayuannya terhadap pemotongan enam mata yang dikenakan sebelum ini diterima FMLLP yang menyaksikan pemotongan mata dikurangkan kepada tiga mata.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Kelantan melonjak ke tangga kelima Liga Super dengan menghimpun 17 mata untuk mengatasi Selangor dan FELDA United berdasarkan kelebihan jaringan.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan usaha KAFA untuk melengkapkan pelan pembayaran bagi jumlah yang tertunggak," katanya.


p/s : maaf ada kesilapan gambar carta ranking, baru sahaja update.

Artikel Permintaan Kedua -> Rayuan Kelantan Mendaftarkan Seydi Imam Kena 'REJECT' FMLLP