RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 6 Jun 2017

Isu Hina Watson Nyambek, Pengacara TV Berdepan Hukuman Penjara Jika Sabit Kesalahan


Bekas pengacara sebuah program televisyen yang menimbulkan kontoversi selepas mengucapakan perkataan mempersendakan mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara Watson Nyambek telah didakwa hari ini, lapor mStar Online.

Azizul Ammar, 30, dari Segambut, Kuala Lumpur dan penerbit program, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar, 41,telah didakwa di Mahkamah Majistret Sibu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan niat yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan keamanan.

Jika disabitkan bersalah, mereka akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Majistret Saiful Sayoti membebaskan kedua-duanya dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,500 bersama seorang penjamin.

Bagaimanapun beliau telah mengarahkan kedua-dua mereka hadir ke mahkamah pada 4 Julai depan untuk pra perbicaraan.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 11.30 malam pada 22 Mei di Hotel Medansi mana Azizul didakwa mempersendakan nama Watson Nyambek dengan menyamakan bunyi seekor kambing semasa program komedi Sukan Tak Sentral yang disiarkan di TV3. - Siakapkeli.my