RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 6 Jun 2017

Hashim Mustapha Pelik Hanya Dua Pemain Juara Presiden 2015 & 2016 Terpilih Dalam Skuad Sukan SEA


Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan, Hashim Mustapha terkilan dengan sikap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang seolah-olah menutup mata atas kemampuan beberapa orang anak buahnya semasa pemilihan pelatih pasukan Projek Sukan SEA 2017.
Hashim berkata, sebagai juara Piala Presiden dua tahun berturut-turut pada 2015 dan 2016, FAM sepatutnya memberi lebih perhatian kepada bakat yang dimiliki oleh pasukan itu.
Sebaliknya, badan induk itu hanya menyenaraikan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dan penyerang Danial Ashraf Abdullah yang kini bermain untuk skuad Liga Super Kelantan dalam senarai 26 pelatih yang diumumkan baru-baru ini.
“Kelantan juara Piala Presiden dua tahun berturut-turut yang membuktikan kemampuan pemain muda kami. Tapi agak pelik hanya dua pemain dipilih sedangkan masih ramai yang berkelayakan untuk sekurang-kurangnya disenaraikan dalam skuad pelatih.
“Sejak Frank Bernhardt menjadi jurulatih hinggalah sekarang diambil alih oleh Datuk Ong (Kim Swee), saya sudah menyuarakan pandangan supaya mereka mencuba beberapa orang anak buah saya. Tapi ternyata, cadangan saya tidak diendahkan.”
Sumber : METRO