Kevin Ramalingam
Kevin Ramalingam
Semalam, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, badan bola sepak itu akan mengeluarkan RM9 juta daripada wang simpanan tetap bagi melunaskan hutang atau baki insentif kepada 24 pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana musim ini.
Sebaik sahaja setiap persatuan menerima wang tersebut, mereka diberi tempoh dua minggu untuk melunaskan hutang masing-masing dan jika masih ada yang gagal melangsaikannya, tindakan se­perti pemotongan mata, denda serta diturunkan status akan diambil.
“Presiden FAM sudah memaklumkan mengenai langkah untuk membantu persa­tuan negeri, jadi kita harap selepas ini tidak timbul alasan gaji pemain tidak berbayar.
“Tunku Ismail ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini (pasukan gagal membayar gaji), jadi kita tidak akan jatuhkan hukuman sewenang-wenangnya, kita beri masa dan cuba bantu sebaik mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Kevin lagi, satu daripada enam pasukan yang sebelum ini diberi amaran bakal dipotong mata kerana gagal membayar gaji pemain sudah menyelesaikan isu berkenaan.