RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 5 April 2017

Mario Gomez menafikan meminta gaji tinggi jurulatih kebangsaan seperti diumumkan Presiden FAM, Ini Komen Gomez


Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikhabarkan bakal mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih kebangsaan iaitu Mario Gomez menafikan yang beliau meminta wang yang lebih untuk menjadi jurulatih negara.

Menurut Malay Mail Online, Gomez menafikan beliau mahukan bayaran gaji yang lebih sekiranya menjadi jurulatih Harimau Malaya.

“Saya tak minta gaji yang saya dapat sebagai jurulatih kebangsaan lebih banyak daripada apa yang saya peroleh ketika saya berada di JDT.” - MARIO GOMEZ

Mario Gomez, 60 menegaskan dia lebih mengambil berat tentang tempoh masa kontrak
  • Ditawarkan kontrak hanya setahun dalam perjanjian
  • Gomez percaya memerlukan masa sekurang-kurangnya dalam masa 2 tahun untuk membuat perubahan
Bagi Gomez, beliau mahukan kontrak ditawarkan kepadanya dipanjangkan kepada 2 tahun.

Untuk masa ini, status Gomez belum lagi sah sebagai pengendali skuad kebangsaan.
Presiden FAM belum lagi memberikan respon mengenai apa yang dikatakan oleh Gomez tersebut.
“Kami ada berbual di telefon semalam, jawapan akan diberi dalam masa terdekat.”
Sumber : semuanyabola.com