RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 6 Februari 2017

KPDNKK RAMPAS 1,187 HELAI JERSI JDT TIRUAN



Gambar : Facebook Johor Southern Tigers

Satu sidang media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Johor berkaitan rampasan jersi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menggunakan cap dagangan palsu telah diadakan pada 5hb Februari 2017.

Dalam operasi rampasan yang dilakukan pada 3hb Februari lepas, sebanyak 1,187 helai jersi JDT serta 735 jersi pelbagai jenis telah dirampas dengan nilai ang
garan sebanyak RM31,830.00.

KPDNKK turut menasihatkan orang ramai khususnya pengguna agar tidak menyokong penjualan jersi tiruan seperti ini dan pihak mereka akan berterusan menjalankan operasi yang sama bagi membanteras aktiviti-aktiviti sedemikian.







Sumber : Johor Southern Tigers