ZAHASMI Ismail (kiri) tetap fokus memberikan semangat kepada barisan pemain TRW biarpun pertemuan dengan JDT terpaksa ditangguhkan.-UTUSAN ONLINE
KOTA BHARU 2 Feb. - Pengendali Kelantan Zahasmi Ismail kecewa dengan keputusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menangguhkan perlawanan di antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu ini di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Jurulatih berusia 50 tahun itu berkata, penundaan pertemuan itu menjejaskan persiapan The Red Warriors (TRW) untuk menghadapi saingan liga selepas ini.
“Saya akui pemain sedikit hampa dengan penundaan perlawanan ini kerana mereka sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan juara Liga Super musim lalu itu.
“Namun begitu, ruang yang ada ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyediakan ramuan terbaik menghadapi saingan Piala FA pada 14 Febuari nanti,” katanya.
Semalam FMLLP mengumumkan penangguhan pertemuan tersebut bagi memberi ruang kepada JDT ke Jepun untuk perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia.
Bagaimanapun Kafa sehingga hari ini belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak keputusan FMLLP itu. - UTUSAN ONLINE

SUMBER : UTUSAN